10

Bayang Jati

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hajat hati hari ni nak belajar naik kereta ngan akak, tak jadi la nampaknya. Sebab lambat sangat tau hari ni ada outing kat kem sg besi ni.

Pertamanya, saya berharap yang jangan lah diantara pembaca blog saya menggelar saya tuan guru dan sebagainya. Saya cuma pengkaji, bukan seorang tuan guru. Jauh lagi saya nak sampai pada ALLAH. Minta sangat ye :)

Hari ni kita akan berkongsi mengenai satu kelebihan yang dipanggil bayang jati. Apakah itu bayang jati ? Bayang jati ni adalah satu kelebihan yang mana kita boleh menduplikasikan diri kita menjadi dua, kemudian bayang itu akan menjadi pengganti diri kita untuk apa jua tujuan yang baik.

Ala, kalo korang cam terkejut je ngan sorang mamat ni, Eh, tadi aku jumpa dia kat kedai Hamid, kenapa tiba2 je aku tengok skang ni dia tengah mencangkul?. Itu antara orang-orang yang praktikkan bayang jati la.

Selalu bayang jati ni gunanya adalah cuma untuk menghadirkan diri sahaja. Setahu pak cik bayang jati ni cuma bayang-bayang je. Ala, kalo tengok cite omputih tu orang panggil hologram. Haaa, kan sonang cakap tu. Tak yah susah2 pak cik torangkan ni haaa.

Ada banyak keilmuan yang boleh menerbitkan teknik bayang jati ni aka kage bunshin no jutsu naruto ni, antaranya adalah Ilmu Kunci Karamah Ayat Kursi. Biasanya orang yang belajar IKKAK ni, bayang jati merupakan tahap keenam, iaitu tahap paling tinggi sekali.

Oklah, diharap hari ni kita berkongsi lagi sebuah ilmu yang menarik. :)… Sambil tu, jemput jemputlah datang berkongsi di kajian skatologi. :)