ilmu mahabbah Archive

0

Ilmu Pengasih Menggunakan Mata

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Sejak seminggu kebelakangan ni, ternyata terlalu ramai orang yang bertanyakan pada pak cik mengenai ilmu pengasih ni. Sampai naik pening pak cik. Tapi pak cik paham, memang cinta membuatkan korang boleh jadi giler, dan akhirnya yang jadi giler adalah pak cik sebab nak kena jawab satu2 soalan yang di sms.

Nasihat pak cik, baca dan fahami dahulu, kemudian buat, bila dah buat baru kita tanya balik apa salah kita, kalo nak lebih bagus, marilah jumpa pak cik depan2 kol dulu baru leh set masa ngan tempat, penat pak cik nak menjawabnya, sebab pak cik kerja. Dan diharap korang jangan lah sms ataupun kol pak cik waktu kerja, sian kat pak cik kena marah ngan bos.

Ok, disebabkan permintaan terhadap ilmu mahabbah ni terlalu tinggi, sampai pada satu tahap, meter pun sampai merah siap letak meter baru, jadi pak cik pun tambah lah lagi perbendaharaan ilmu pengasih ni. Semoga korang semua yang ingin mencari jodoh tu cepat2 dipermudahkan dan bertemu dengan bakal2 suami atau isteri korang.

Kali ini pak cik nak menerangkan mengenai keilmuan ilmu pengasih menggunakan mata. Kalo da gunakan mata, confirm la mesti selalu berjumpa, dan TIDAK BOLEH dilakukan kalo tak berjumpa :-

lmu ini digunakan tanpa puasa atau lelaku yang lain, Ianya hanya
menggunakan mata untuk memikat orang yang dituju. Ayatnya
harus di amal dahulu sebelum dicuba.
“ Allahuma alif baini wabaina Adam wa Hawa.” di baca 3kali

Ayat diatas ini dibaca dalam h ati dan lidah diletak ke atas lelangit
sambil merenung mata mangsa, Lepastu tegur si mangsa dengan lemah
lembut, Khabarnya bila diamal ayat ini pastu di cuba si mangsa boleh la
jatuh cinta pada si pemakai.

17

Menawarkan Ilmu Pengasih Ataupun Kasih Sayang

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Salam Ramadhan semua, harap semuanya sihat ye. Kali ni pak cik nak post kat korang sebuah cara bagaimana untuk menawarkan rasa kasih sayang seseorang terhadap orang lain.

Jangan salah guna ya, gunakan untuk mereka yang suka curang ek. Harap2 ilmu ni boleh tolong saudara kita yang mintak pak cik cara camne nak tolong awek dia yang kena ilmu pengasih

Ilmu ni pak cik cedok dari wongalus.com.. Banyak lagi keilmuan yang hebat kat sana,.. Pergi la sana.. memang best..

Nah ni tatacara dia ya :)

  • Tulis azimat ni atas kain milik pasangan
  • Tanam kain tu kat kubur sapa2.. asalkan bukan kubur orang bukan islam
  • Masa nak tanam kain tu, baca ayat 1 surah al Maidah
  • Lanjutkan dengan bacaan ni BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, ALLAHUMMA BIHAQQI HAADZIHIL AAYATI, UMMU MAHABBATA ….. BIN ….. (nama pria peselingkuh) ILA …. BINTI …… (perempuan yang diselingkuhi) FA INNAKA FA’ALUN LIMAA TASYAA-U WA ANTA ARHAMURRAAHIMIN.
  • Kemudian, korang tanam sambil baca ayat ni MATIYO SEJO SIRO ….. (nama suami/isteri yang selingkuh) MARING DEMEN KARO ….. BINTI …. (orang yang diselingkuhi) …. KOYO MATINE WONG KANG ING KUBUR IKI.

Ok, harap post ni dapat membantu ya .. Selamat ramadhan sekali lagi..

PS :- Duit pak cik hilang…

30

Amalan Menambahkan Cinta Orang Yang Dihajati

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan post. Hari ni pak cik nak berkongsi mengenai sebuah amalan untuk menambahkan cinta orang yang dirindui. Alternatif doa ni korang gabungkan la dengan teknik teknik retro mengorat.

Takpelah, mungkin pak cik boleh ajar korang teknik best untuk mengorat di Facebook.

Pertama sekali adalah kita kena tau siapakah target perempuan or lelaki untuk kita ngorat. Disebabkan pak cik ni lelaki mungkin contoh ni tend kepada perempuan la ye. Ok, first sekali adalah ketika nak add dia sebagai friends.

Kita add je cam biasa ikhlas… Ok, pastu tunggu la approval daripada dia. Misalan kalo la dia tak membalas approval kita, cancel semula request tu dan approve balik.

Ok tak ok? Pastu terus je masuk kat wall dia. Karang satu ayat bunga bunga yang buat dia meleleh, tahap ni, pak cik nak korang buat sendiri,,, ooo lemak la suma nak suap je…Ingat tu, tapi ayat yang bunga bunga tu jangan nampak macam nak amik dia jadi awek dia , just satu penghargaan kat dia sebab add kita jadi kawan dia.

Nanti mesti ramai member dia dok mencelah pheewit2.. COnfirm.. percayalah cakap saya. Tested and proven woo. Then, ko pun pegi menjelajah gambar dia… Pastu kaitkan dia ni, eh awak cam pelakon la..ala.. stndard, manusia ni cakap je kat depan cam tak suka, dalam hati kembang cam belon..

Hahaha, habis da, ilmu ngorat di Facebook ni tak nak la ajar lebih2.. nanti korang apply betul2 la. Ok, hari ni pak cik nak berkongsi dengan korang apa kah amalan yang bagus untuk membuatkan seseorang yang kita suka tu sayang kat kita. Inilah doanya.. Baca sekali setiap subuh dan juga asar ye,. nanti akan terpancar pesona wajah kita.

Bismilah…Kaf Haa Yaa Ain Shood 25X Allahumma bikaafi kifaayatika ikfinii syarro nafsi wal kholqi ajma’in wa bihaa’i hidaayatika ihdinii wahdi lil kholqo ajma’in. wa biyaa’i yumnika yamminnii wa yammin liyal kholqo ajma’in wa bi ‘aini ‘inayatika a’inni wa shakhir lii ma’unatal kholqi ajma’inwa bishoodi shulhika ashlihni wa ashlih liyal kholqo ajma’inBihaqqi fa’syailun syaluukhiyya asyliikhuuthoo syakhuuthoo ya syaikh thoithowaal, shakhir liyal jinna wal insa, ya man yaquulu lisyai’in kun fayaa kun , kawwin kaf,haa,yaa,ain shood bisirri (laa illaahaa ilalaah 3X)wa shollallaahu alaa sayyidinaa muhammadin wa aalihi wa shohbihii wa sallam,walhamdullillahi robbil allammin.

379

Ilmu Pengasih, Cara Gila Mengurat Si Dia

Ilmu pengasih, satu keilmuan yang sudah tenggelam, hanya sedikit sahaja yang mengetahuinya.

ilmu mahabbah, ilmu pengasih, ilmu pengasih nabi yusuf

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH pak cik panjatkan doa. Hari ini pak cik tersentuh untuk update pasal ilmu pengasih. Bila tengok dekat bahagian kategori tu, nampak sikit je pasal ilmu mahabbah ni. Jadi pak cik hari ni berhajat untuk menerangkan serba sedikit dengan ilmu ni.

Ilmu Pengasih Secara Umum

Ilmu pengasih ni secara umumnya dapat kita tahu digunakan untuk menambat hati si dia yang kita kasih. Tak kesah la laki ke atau perempuan, boleh je gunakan ilmu pengasih ni, asalkan kena pada caranya. Jadi, dengan beberapa tatacara tertentu, ilmu pengasih ini dilancarkan untuk menambahkan rasa sayang terhadap pengamal dan dituju.

Contoh-contoh ilmu pengasih yang ada.

Dalam dunia ni, bermacam macam ilmu pengasih yang ada. Walaupun hidup di zaman moden, namun kecanggihan ilmu pengasih ni tetap orang kata umph. Belek lah puas puas majalah maskulin ke wanita ke, bila da tak larat nak abis duit bergaya, benda ni la yang korang cari.

Antara contoh yang korang boleh jumpa mengenai ilmu pengasih ni adalah ilmu pengasih nabi yusuf, ilmu pengasih tepuk bantal, ilmu pengasih asap rokok dan minyak dagu. Jadi, pilihlah cara mana yang paling korang suka.

Ilmu Pengasih Dan Caranya Berfungsi

Terdapat dua cara bagaimana ilmu pengasih ni berfungsi iaitu, antara menampilkan kewibawaan diri korang ataupun mengabui mata si mangsa. Selalunya yang teknik mengabui mata si mangsa ni akan menggunaan pengantara seperti jin untuk menghias mata yang dituju tu supaya nampak cantik je kita ni. Jangan pakai ilmu pengasih yang ni

Cara kedua ilmu pengasih ni bertindak adalah dengan meanmpilkan kewibawaan korang sendiri. Dalam diri korang, ada satu angle yang sangat cantik, lawa dan hensem, ayat pengasih yang ini akan menunjukkan atau menonjolkan angle yang lawa tu kepada si yang kena tuju. So yang ni boleh, sebab ilmu pengasih style ni tak memudharatkan atau menzalimi yang dituju.

Tatacara Ilmu Pengasih, Pengasihan Ummul Fatihah

Jadi, pak cik akan postkan satu ilmu pengasih untuk korang buat, supaya korang boleh la ngorat anak dara yang korang suka, ataupun anak teruna yang korang suka, tapi dengan niat, korang kawin la, jangan la men men kan hati orang dengan cinta ni. <Pak cik penah jadi mangsa taw >

  1. Dilakukan selama 3 atau 7 malam pada lingkungan jam 10 hingga 12 malam
  2. Solat hajat 2 rakaat
  3. Istighfar 33 kali, selawat 101 kali
  4. Baca al fatihah ke list name dibawah

-NABI MUHAMMAD SAW.
-4 MALAIKAT (JIBRIL,MIKA’IL,IZHROFIL,IHZRO’IL)
-4 SAHABAT NABI(ABUBAKAR,UMAR,USMAN ALI)
-NABI ALLAH KHIDIR AS.
-NABI SULAIMAN AS.
-NABI YUSUF AS.
-SYEH A.QODIR AL ZAILANI
-SYEH ACHMAD QODIR -(sunan gunung jati)
-SYEH ZAIDIN MAULANA- (Sunan gunung sembung)
-SYEH MAS SA’ID-Joko Gending (Sunan kali jogo)
-SYEH KANG PANJI ALI-(Sunan Demak)
-SYEH MUHAMMAD KADIR-(Wali Songo).
-SYEH QODIR ZAILANI ABDULLAH- (Abah Presiden Banten)
-SYEH ALI MADEK-KANOMAN (Raja tanah Jawa)
-SYEH UMAR ABDULLAH KALIMAH- (Syeh wali sembilan)
-SYEH HABIB HUSIEN-(Habib luar batang)
-SYEH HABIB ZIEN (Habib Empang Bogor)
-SYEH PANGERAN SYARIEF- ( Keramat Pondok Gede)
-SYEH ABDUL RACHMAN- (Penguasa Palembang)
-SYEH KMS. ABDUL HAMID (Ki Marogan)
-KEPADA KEDUA ORANG TUA
-NABI-NABI ALLAH,WALI-WALI ALLAH,SYEH-SYEH ALLAH,AULIQ,ALIM ULAMA,NENEK MOYANG,
KAUM MUSLIMIN KAUM MUKMINAT WALMUKMININ WAL MUKM

  1. Baca al Fatihah sebanyak 7 kali dan diaminkan pada al Fatihah ke tujuh kepada orang yang kita suka
  2. Al Ikhlas 3 kali
  3. Ayat kursi sekali
  4. Baca Fatihah 99 kali
  5. Baca doa dan hajat =“YA ALLAH YA ROHMAN YA ROHIIM DENGAN SEGALAH HAKNYA FATEHAMU KUMOHON HAJATKU ADA DALAM JANTUNG DARAH SI…A…BIN….SI…A JADIKANLAH NIATKU DI RUHNYA, DISUKMANYA, DIZHOHIR BATINYA. TUNDUK KASIH SI…A..BIN/TI…SI..A PADAKU. ya ALLAH 5X ya Rohman ya rohiim 5X HU ALLAH 5X ALLAH AKBAR
  6. Baca doa ni :- Robbana atinna fidhunnia hasanah walfil akhirotihasanna wakinna azhabanar
    wal hamdulillah hirobbil alamiin

Dan yang bestnya, korang akan dapat rasakan perubahan yang ketara. Begitulah ampuhnya ilmu pengasih Pengasihan Ummul Quran ni. Tapi korang janji korang kena kawin dengan dia tu :)

 

TOLONG PAK CIK TANGGUNG KOS BLOG INI. KLIK SINI

133

Ilmu Pengasih

Bismillahirrahmanirrahim

ilmu mahabbah, cinta dan kasih sayang, kasih wanita, kasih isteri

Lama giler kan pak cik tak update kat ruangan seksyen ilmu pengasih. So ari ni pak cik update la. Boleh la engkorang memikat cowok cowok or pria pria pujaan hati korang. Ingat, bukan lelaki je boleh ngorat, perempuan pun boleh ngorat.

Sekadar nak ngorat-ngorat, alang alang biar la sampai ke jinjang pelamin. Memang la jodoh ada tak kemana, tapi nak cari jodoh yang tak kemana tu la yang perlu dilakukan. Jadi, kita kena pikir yang semua yang kita wat demi memilki hati orang yang kita sayang adalah salah satu cara untuk membina rumah tangga yang bahagia tak gitu.

Takkan korang tak nak rumahtangga yang bahagia. Ada anak lompat2 atas katil korang, baby korang terberak dalam pampers, anak korang makan pasir kat luar rumah. Tu suma adalah pengalaman ataupun kenangan manis bagi hidup berumah tangga ni < pak cik pun lom kawin, sembang cam da hidup 20 tahun dalam alam rumah tangga>

Jadi., kat sini pak sediakan beberapa tatacara ilmu pengasih untuk korang :) :-

  1. Dari Hari Isnin sampai Khamis, kena buat solat Hajat 2 rakaat
  2. Tiap tiap malam baca doa kat bawah ni sebanyak 7 kali.

” Assalamualaikum, Waalaikumsalam “,Ya ALLAH, Ya Tuhan kami, semoga dirinya <sebut nama berbin atau binti kepada ibu> dengan diriku ini akan menyatu kasih sayang dalam kasih sayangnya ALLAH, Lailahaillallah , Muhammadan Rasulullah (7x)

< Apalagi, buat jangan tak buat, senang je tu :) >