ilmu nafas Archive

18

Latihan Memasukkan Al Fatihah ke Dalam Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, walaupun sudah lama pak cik tak mengupdate blog ni, namun masih ramai lagi pembaca pembaca yang datang dan bertanya soalan kepada pak cik. Terima kasih pak cik ucapkan. Insya ALLAH, jika tiada aral yang melintang pak cik akan sentiasa update.

Hari ni, kita nak bincangkan kepada semua cara camne nak menumpukan ayat suci al Quran ke dalam hati kita. Bila da dapat bersatu dalam hati, fuh, memang superb. Teringat pak cik ngan seorang tua yang bila dia baca kalimah tauhid, pintu rumah dia terbukak macam kena hentam pasal hebatnya energy zikir tu.

Ok, jom kita wat perbandingan. Korang pernah jahit tak?. Kalo laki ni bab menjahit je mesti suar koyak kat celah kelangkang, takde len nye. Kalo perempuan tu, tak yah cerita la, memang bab menjahit ni diorang punya pasal. Sampaikan luka korang pun diorang nak jahit.

Jadi, masa korang nak masukkan benang dalam jarum tu, rata2 semua mesti bernafas dengan perlahan ataupun tahan nafas. Confirm masuk pastu kan. Tapi cuba korang bernafas cam lembu, takkan masuk punya. Percayalah. Ia akan berakhir dengan korang akan melemparkan jarum tu ke dalam longkang rumah korang.

Jadi, jom kita tengok bagaimanakah caranya :-

  1. Tarik dan lepas nafas sebanyak 37 kali. Ia akan mencipta satu gelombang alpha.
  2. Sebut “ALLAH” dari halkum. Baca cam biasa je. Memang suara keluar dari tekak pun.
  3. Arahkan bacaan tersebut ke dua jari belah kanan korang.
  4. Ulang sebanyak 100 kali.
  5. Kemudian korang tongkatkan pulak lidah korang sambil baca “ALLAH”. Korang akan rasa bezanya, yang mana yang bertongkat lidah lebih halus bunyinya. Inilah suara hati. Yang keluar dari anak tekak adalah suara fikiran.
  6. Ulang 100x atau hingga merasakan diri sudah pun memasuki jiwa dan hati.
  7. Bacalah ayat ni lepas korang da mula khusyuk ya allah setiap kali hamba mu berzikir “Allah” saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah”
  8. Dan mulalah korang membaca al Fatihah.

Sebarang pertanyaan, korang boleh je tanya kat bro ni :- aura_menjaro@yahoo.com

Tags:
2

Pelajari Ilmu Nafas

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Malam ni da malam selasa da. Sekejap je kan hari berlalu. Pak cik pun tak berapa pasti da bape lama pak cik tak tengok citer Tentang Dhia kat TV3 tu. Tapi kesah apa kan?. Pak cik layan Naruto, tak best la tengok cerita jiwang2 ni.

Ok lah, pada post kali ini pak cik nak berceloteh berkenaan dengan ilmu pernafasan. Ada yang diantara saudara saudari yang bertanya mengenai ilmu nafas. So, pak cik pun post kan la ye.

Jadi, secara umumnya, terdapat banyak cabang keilmuan yang menekan kan ilmu nafas sebagai salah satu cabang ilmu ghaib. Seperti Qi Gong, Yoga dan sebagainya. jadi, bila tengok impak tu, memang kalo orang belasah orang yang amalkan Qi Gong ni terpelanting la, ibarat rama rama yang dihimpit oleh tangan si budak gemuk.

Sebenarnya senang je nak belajar ilmu nafas ni. Dan korang sebenarnya da belajar pun ilmu nafas. Iaitu Tajwid, yang mana memperkenalkan makhraj huruf dan cara melafazkan huruf. Andai korang menyebut huruf Tho dengan betul pun, boleh buat orang terpelanting sebab betul nafas duduknya. Jadi, kenapa pening kepala, walhal benda da ada dalam diri.

Ingat, sentiasa kaji apa yang ada, sebab kadang2 benda tu ada je kat diri kita

Tags:
2

Qi Gong, Yoga, dan Sebagainya

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ini pak cik nak berkongsi dengan korang beberapa info mengenai ilmu pernafasan. Dalam ilmu pernafasan ni, da banyak da yang tau atau pun yang dah wujud kat dalam dunia moden ni. Info kali ini pak cik petik hasil dari pembacaan pak cik dalam blog bentengjiwa.blogspot. Memang best, baca lah, korang pun mesti suka.

Contohnya Reiki, Yoga, Qi Gong dan sebagainya. Ini merupakan beberapa ilmu pernafasan yang digunakan oleh seni bela diri oleh orang bukan melayu, tetapi konsep tetap sama iaitu menggunakan olah pernafasan untuk menyerap tenaga alam.

Namun, ilmu pernafasan ini ada juga yang bahayanya juga menurut Tok Said. Sebab kebanyakan ilmu pernafasan ini menarik aura aura disekeliling tubuh badan untuk digunakan oleh tuan empunya badan. Menarik aura atau cahaya itu tak salah, tetapi ketika proses pelarasan untuk menarik aura tersebut, ia secara tidak langsung telah membuka segala lubang lubang ruh dalam badan ni, yang membuatkan jin berlumba lumba masuk dalam badan korang dan bersarang dalam badan manusia ni.

Tu la pasal kadang2 manusia yang mengamalkan teknik ilmu pernafasan ni makin lama makin malas untuk menunaikan seruan ALLAH yang wajib, kebiasaannnya adalah solat. Asyik malas bobona jo nak wat. Sebab jin da masuk dalam badan berduyun duyun.

Ketika proses penarikan aura tu jugak, segala pendinding pun da tercabut dari dalam badan. Itulah sebabnya jin selamba je leh penetrate, walaupun diri telah dipagar. Ini adalah disebabkan ketika dalam proses meditasi, jiwa, fikiran kita kosong, Fikiran kita ni mana leh kosong, mesti sentiasa penuh dengan ALLAH, jika kosong, maka akan ada benda yang mengisinya..

Jom sama2 ucap Thanks kat Tok Said atas penulisan beliau yang best :)