175

Ilmu Membuka Mata Ketiga

Ilmu Membuka mata ketiga

ilmu mata ketiga, mata batin

“Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut cakap”

Ni lagu yang dulu-dulu aku pernah dengar. Lupa la pulak sapa yang nyanyi. Tapi tu bukan masalahnya sekarang. Ceritanya adalah beberapa manusia pernah email kat aku seperti berikut.

“Bro, camne nak bukak deria keenam”.

Huk aloh, aku pun terkejut. Bukan apa, benda ni bukan main-main. Takut kite ni tak ready nak tengok benda-benda pelik. Bukan apa, nanti tengah ko syok makan-makan, tetiba ko ternampak makhluk ngeri tengah dok bertandang makan nasi orang yang tak baca bismillah. Dah tak pasal-pasal ko jerit sorang-sorang.

Pada mulanya, saya tidak la setuju untuk mengepostkan amalan ni <saya la pulak> Tapi bila direnungkan kembali bahawa ilmu ni salah satu cara untuk meningkatkan iman dan sebagai salah satu cara yang boleh buat kita lebih percaya pada ALLAH, jadi aku pun post la untuk kita semua. Mana la tau bermanfaat.. Dibawah ni aku akan terangkan amalan membuka deria keenam.

Sebagai maklumat, deria keenam ataupun orang memanggil ia sebagai mata ketiga ada di tengah-tengah dahi korang semua. Cuba la tengok kat cermin lama-lama, nanti ko nampak la mata berkedip kat dahi < heheh main-main je>. Dan pantang bagi ilmu ni senang je.. Jangan mengamalkan 5 M. Mencuri, Merogol, Merompak, lagi 2 aku tak ingat. Dalam erti kata lain kena jaga diri dari dosa, bukan sengaja cari dosa.

DOA PEMBANGKIT DERIA KEENAM

Astaghfirullah al Azim                   100x
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad     100x
La hau la wala quwwata illa billah       100x
Ya Allah Ya Qadim                        100x

Baca wirid kat atas ni setiap kali solat fardhu. Untuk mengetahui korang da bukak ke belum mata ketiga korang yang syok tido tu adalah korang akan mengalami gejala sejuk-sejuk merenyam dan mata korang akan menangkap cahaya bling-bling cam kat televisyen tu. Itu adalah fenomena mata ketiga sedang dibuka.

Pastu boleh la ko tengok pontianak hari-hari terbang atas bumbung rumah ko malam-malam. Hehehe..harap korang jagalah ilmu membuka mata ketiga ni elok2

<Mata ke mata, hati ke hati>