zikir munajat Archive

33

Zikir ALLAH, adakah ianya masih Zikir

Zikir ALLAH, adakah ianya masih zikir?

zikir ALLAH, kelebihan zikir, zikir munajat, zikir

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Curi curi masa ni beb nak tulis post ni sebab petang ni pak cik ada test aka exam. Hari ni pak cik nak bincangkan mengenai berzikir. Apakah benar ianya benar benar zikir?. Ya, soalan nampak direct tetapi makna yang sangat mendalam. Hari ni kita akan pecahkan beberapa sub topik yang boleh kita ketengahkan mengenai zikir kepada ALLAH ni

Pengertian Zikir

Sebaiknya kita memahami apa itu zikir. Zikir bermakna mengingati. Mengingati bermakna menumpukan pemikiran terhadap sesuatu perkara. Dan itu dinamakan zikir. Apabila bercakap mengenai zikir kepada ALLAH, maknanya memusatkan pemikiran hanya kepad ALLAH.

Cara untuk berzikir.

Dimana sahaja, mengikut apa sahaja style korang sekalipun, cara berzikir adalah bebas. Bukan bererti korang terpaksa untuk melafaskan zikir lazim seperti Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ila Ha Illa ALLAH itu baru dinamakan zikir. Asal ada sahaja point utama, iaitu mengingati ALLAH, ia dipanggil zikir. Jadi, cara berzikir adalah bebas asalkan syarat utamanya di penuhi, iaitu penumpuan kepada ALLAH.

Kelebihan berzikir

Pak cik berani cakap, korang belum lagi merasakan seratus peratus kelebihan berzikir ni. Tetapi, pak cik berani confirm yang dah biasa berzikir, dia akan berasa satu benda yang tenang je dalam hati ni. Orang selalu cakap, tenang , tenang, tapi dia sendiri tak pernah merasa apa itu tenang.

Itu adalah benda umum, walaupun kita zikir tiada penumpuan. Dah terasa serpihnya kelebihan zikir. Zikir ALLAH ni, sekiranya di cantum dengan penumpuan , akan mengundang pelbagai peristiwa pelik. Jangan takut, peristiwa pelik itu adalah salah satu dari ribuan Kunci Kunci Alam yang kita tak tau. Setiap dari kita akan merasai kelebihan zikir sekiranya menyatukan penumpuan dengan zikir.

Ini ada satu cerita yang mana ada sorang forumer yang menceritakan mengenai pengalaman dia berzikir. Hanya zikir ALLAH yang lazim sahaja. Tetapi diadun dengan penumpuan hati. Apabila dibukakan mata, dia terlihat seekor kucing berwarna belang oren, bermain main dihadapannya, terlihat di dahinya ada Kalimah ALLAH, kemudian kucing itupun menghilangkan diri.

Sekali lagi, bagaimana untuk zikir ALLAH?

Senang sahaja, iaitu lidah , telah bersatu dengan hati, yang telah dipandu oleh akal. Secara praktisnya, lidah sebut, akal tumpu , hati ingat. Ada orang berkata zikir ALLAH memang nampak mudah, tapi camne nak satukan dengan hati dan akal. Ya, mudah sahaja sebenarnya. Apabila korang zikir ALLAH masa tu korang kena rasa kalimah ALLAH tu berdegup dalam hati korang, sambil tu bayangkan kalimah ini tertulis di dalam hati korang berulang ulang kali. Itulah cara untuk zikir ALLAH.

Alhamdulillah, akhirnya dapat kita berkongsi satu ilmu untuk semua. Harap beri manfaat ya :)

25

Mengapa Badan Bergoyang Ketika Berzikir ?

mengapa badan goyang ketika berzikir

Assalamualaikum semua. Maafkan pak cik sebab semalam pak cik tak update. Mana la tau korang menunggu. So, sorry la sebab pak cik sekarang banyak assignment dan minggu depan ada 2 test kot. So, pak cik busy la.

Macam biasa la, bulan Ramadhan kan kita nak menambah pahala. Sejuk ati pak cik tengok surau kat kem askar ni ha. Ramai je baca Quran petang-petang, zikir dan sebagainya. Pak cik pun join la sekali. Adalah kurang siuman la kalo pak cik lepak kat surau semata mata menyandar di tiang berkipaskan kipas angin kuasa no 5.

So, pak cik pun berzikir la zikir favourite pak cik… Zikir pertama Istighfar 100 kali, ni memang best, hati mesti senang je nak masuk ilmu bila lepas istighfar, zikir kedua, selawat 100 kali, makin selawat, kita makin cinta dengan Rasul SAW kita kan. Da tu, kepala makin mudah nak ingat pelajaran, Zikir ketiga, La Hau La Wa la Quata Illa Billah, zikir ni, buat pak cik sedar yang cuma ALLAH je la yang berkuasa. Memang tak de orang lagi la celen. Jin Kuil la, setan iblis lubuk la, tu suma tak kuat, laser plasma US la,… tu pun tak kuat.. yang kuat cuma ALLAH je. Zikir ke empat lak, Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil… ni pun syiok… Zikir ni memang zikir pasrah habis la… Kalo baca zikir ni,.. kereta langgar pun tak de pape… sebab masa tu dalam hati da cakap da… “Aku Serah Segala Pada ALLAH “. Ayat QUran ni la yang Nabi Ibrahim baca masa kena lempar dalam unggun api…

Dan akhir sekali zikir La ilaha Illa ALLAH… Korang perasan tak, bila korang baca je zikir ni, mula badan nak terayun kiri dan kanan, walau pun pada mulanya korang tahan, tapi last last ada daya gerak juga yang akan mengayunkan badan korang. So, korang nak tau kenapa ?. Sebab di tulang belakang kita ni da tertera kalimah LAILA HA ILLA ALLAH MUHAMMADAN RASUL ALLAH. Ia menunjukkan simbolik bahawa kalimah tauhid ini adalah teras manusia, sebagaimana tulang belakang menjadi teras kepada anggota badan manusia.

Bila korang menyebut je kalimah tauhid ni, so, kalimah di tulang belakang ni diaktifkan. Ada orang cakap, gila ke apa goyang sorang sorang. Kadang kadang, punya la hebat sampai ada orang fana baca zikir ni.. Tu yang sampai tak sedar diri. Bukan tak sedar diri, cuma orang tu da terlalu lazat dengan zikir tauhid ni. Budak sekolah disaran jangan berzikir kalimah tauhid ni lebih 300 kali sehari sebab zikir ni sedap sangat, takut korang tak nak belajar pulak. Biarkan badan terus bergoyang,. kepala terus terayun, sebab semasa kepala berayun, ia akan merangsangkan otak belah kiri.

Seperkara lagi, kebanyakan orang yang berzikir mesti matanya tertutup. Kenapa mesti tutup mata ya ?,.. Sebab nak fokus. Mata ni adalah pintu masuk dosa. Untuk mendapatkan cahaya zikr tu, so, kita kena tutup lubang yang boleh menyumbang kepada dosa ni.. Biar cahaya zikr terus terperangkap dalam diri. Tambahan, bila kita tutup mata, kita akan melihat biji mata ketiga kita yang ada di tengah tengah dahi. Kalo korang perasan la, cubak korang amik pensel, pastu halakan ke arah biji mata korang tak kesah la kiri ke atau kanan makin lama makin dekat. Korang mesti rasa cam ngilu kan?.. So, cuba korang tutup kain korang dengan kain. Perasaan ngilu yang sama akan terjadi kat bahagian dahi korang. Tu lah petanda bahawa mata ketiga korang disitu..

Bila korang tutup mata,, memang segelap gelapnya, korang mungkin berpeluang melihat biji mata ketiga korang. Korang akan nampak cam biji mata memandang balik kat korang. Tapi teknik ni masih ramai pertikaikan. Tapi, siapa tahu benda tu betul kan?

< Tolong pak cik jawab exam…….>